RESIPI COKLAT CHOCOJAR
Pada segmen resipi
pilihan kali ini, saya ingin kongsikan kepada anda resipi coklat chocojar.
Sedikit gambaran
mengenai coklat tersebut, terdapat elemen rangup
dalam chocojar tersebut. Kepada yang suka makan chocojar, coklat ini menjadi pilihan mereka.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. 200g
coklat dairy milk
2. 2
cup cereal
3. 1
sudu besar butter
4. Air
panas untuk proses mencairkan coklat
Cara penyediaan :
1. Potong coklat
menjadi kepingan kecil.
2. Masukkan coklat
tadi ke dalam satu bekas.
3. Cairkan menggunakan
kaedah double boiler, masukkan butter dan kacau sebati.
4. Sejukkan campuran
coklat tadi selama 15-20 minit.
5. Masukkan cereal ke
dalam jar.
6. Setelah coklat
sejuk, sudukannya ke dalam jar yang berisi cereal tadi.
7. Tutup jar dengan
kemas.
Nota tambahan
* Coklat dairy milk
digunakan kerana sifatnya yang boleh dan senang untuk dicairkan.
* Semasa melakukan
kaedah double boiler, pastikan bekas coklat lebih besar berbanding bekas berisi
air. Ini bagi mengelakkan wap air masuk ke dalam coklat dan menyebabkan coklat
berketul.
* Butter hanya
sebagai optional, jika tak nak, tidak perlu masukkan.
* Perlu tunggu coklat
sejuk, supaya cereal tidak lemau.
Slm
ReplyDelete