MITOS COKLAT
Okay
sebelum tu, jom kita tengok perkara
negatif tentang coklat yang biasa kita dengar!
COKLAT MENGGEMUKKAN?!
Kardiovaskular
adalah rahsia mengekalkan berat badan
sihat. Yang penting, tahap kercegasan, bukan hanya isu sebenarnya, apabila
kita makan berlebihan. Makan sederhana termasuk coklat, diiringi senaman
kurangkan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik yang boleh
menasihati mengenai pengurusan berat badan. Bagaimanapun, petua termudah ialah
makan secara sederhana. Sebenarnya, tiada
sesuatu makanan tertentu yang boleh
menggemukkan. Lazimnya yang menentukan
berat badan seseorang ialah jumlah
makanan yang dimakan.
COKLAT PENYEBAB SAKIT
JANTUNG?!
Dalam
kes sakit jantung, coklat juga yang dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes
sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas.
Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah
penyebab sebenarnya. Sebaliknya, coklat mengandungi antioksidan, dikenali
sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein
(kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada
mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol
darah.
Comments
Post a Comment